Teks : Nur Hidayah Nazahiyah Erham
Usai solat subuh, Khairil Ammar menangis. Rupanya lampin pakai buang perlu ditukar. Matanya buntang tanda tidak mahu tidur lagi. Saya membiarkan dia bermain di dalam katil. Nampak gaya emosinya positif hari ini. Mahu bermain sendiri. Sempat saya ke dapur menyiapkan sarapan dan bekalan. Sudah 2 tahun Harith Fakhruddin bersekolah rendah. Belum lagi saya memberinya wang saku. Disebabkan itu, bekalan wajib ada. Meski cuma sekadar biskut biasa. Bukan tidak mahu memberi wang saku.

Dari pemerhatian saya, jualan makanan di sekolah tersebut
dalam kategori makanan rapu. Pernah Harith Fakhruddin membawa bungkusan makanan
dari sekolah. Bimbang juga saya jika dia mengambil makanan kawan-kawan yang
mempunyai wang saku. Namun setelah ditanya, dia menyatakan bahawa rakan-rakan
yang suka untuk memberi. Mulia sungguh hati anak-anak kecil. Mungkin mereka
kasihan melihat Harith kerana makan bekalan sahaja setiap hari. Harith
Fakhruddin selalunya mengambil bungkusan makanan tersebut dan membawanya ke
rumah. Namun lazimnya dia tidak makan kerana tidak biasa makan makanan
sebegitu.
Hari ini sudah Rabu. Cepat masa berlalu. Tadika sudah mula
membuka pendaftaran untuk tahun depan. Masih berfikir sama ada untuk
mengekalkan atau mencari alternatif tadika baru untuk Najah Munirah. Di
mana-mana pun pasti ada kekuatan atau kekurangan.
No comments:
Post a Comment