Teks : Nur Hidayah Nazahiyah Erham
Saya merupakan seorang ibu kepada tiga orang cahaya mata yang pernah bekerja di sebuah syarikat multinasional. Saya merupakan anak sulong dari dua orang adik beradik. Saya cuma mempunyai seorang adik lelaki dengan jarak usia 4 tahun. Berbeza dengan suami saya yang merupakan anak ke dua belas dari tiga belas orang adik beradik. Sungguh berbeza.
Saya bersekolah rendah dan menengah di Bandaraya Miri. Bandaraya yang terkenal dengan galian minyak dan gas. Kebanyakan penduduknya bekerja dalam sektor ini. Saya menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda di Universiti Utara Malaysia dalam bidang Pengurusan Perniagaan. Pengalaman berada di negeri Kedah selama 5 tahun, sungguh mematangkan saya. Malangnya saya tidak fasih berbahasa utara.
Saya pernah bekerja di sebuah syarikat yang mengendalikan beberapa cawangan restoran selama setahun. Banyak pengalaman berharga saya perolehi daripada mengendalikan urusan pekerja warga asing, mengira jualan harian sehinggalah kepada mengelap pinggan mangkuk semasa waktu sibuk. Sememangnya bekerja di syarikat bersaiz sederhana akan mempercepatkan proses pembelajaran kerana kita melakukan banyak tugas di dalam satu masa.
Selain itu, saya pernah menjadi surirumah sepenuh masa semasa mengikut suami saya melanjutkan pelajarannya di peringkat Ijazah Sarjana di United Kingdom. Pengalaman setahun tersebut sungguh meningkatkan kemahiran saya di dapur. Perlu berdikari selama di perantauan.
Blog ini merupakan cetusan minda saya sebagai seorang ibu bekerjaya sepenuh masa tanpa pembantu rumah. Di harapkan anda semua terhibur dengan coretan saya yang tidak seberapa dan memperolehi sesuatu yang bermanfaat dari perkongsian saya.
Terima kasih kepada mentor saya, Puan Masayu Ahmad kerana memberi ruang dan peluang untuk saya memperbaiki gaya penulisan. Anda boleh membaca perkongsian beliau yang sungguh bermanfaat di http://naufalsayang.blogspot.com/.
Salam dari bumi Kenyalang.
Sumber gambar : Google
No comments:
Post a Comment