Teks: Nur Hidayah Nazahiyah Erham
Hari ini hari terakhir menghantar borang BE untuk buruh macam saya. Baru-baru ni saya kena audit cukai rawak. Ayat positif ialah saya insan terpilih. Tak apa. Tarik nafas dan fokus. Semasa dapat surat tu panik lah sikit sebab entah mana kotak file saya sebab baru pindah rumah tak sampai setahun.
Perkara pertama saya buat ialah minta tempoh serahan dokumen supaya dipanjangkan. InsyaAllah dapat. Pegawai tu nasib baik hatinya baik. Saya pohon 40 hari, beliau beri 50 hari. Alhamdulillah. Sekiranya tidak faham butiran yang diminta, tanya terus dan jangan buat andaian. Simbol seperti '/' mungkin bermaksud 'dan' serta bukan 'atau'.
Kemudian sila lah mulakan proses korek dokumen bukti. Nasib baik saya ada file khas tentang cukai walaupun tak adalah cun mana dan tak kemas sangat. Siap scan semua dan namakan file document mengikut susunan dalam surat. Email atau serahkan kepada pegawai bertugas secepat mungkin. Usah tunggu sehingga tempoh yang diberi tamat. Saya kena bayar balik sejumlah wang.
Biasalah zaman baru isi borang BE 5 tahun dulu, tak tau yang mana boleh claim. Ingatkan organisasi yang glemer, masuk TV, promosi sana sini tu termasuk dalam senarai badan boleh derma. Kita perlu tengok satu-satu badan berdaftar di laman web LHDN. Banyak organisasi kurang glemer berada di dalam senarai. Bila dah tak cukup bayar tu kita kena lah bayar. Korek lah tabung arnab bawah katil ye. Tak payah emosi ok. Pegawai tu pun buat kerja dia sahaja. Tak kena penalti tu kira sujud syukur.
Selamat hari buruh ya.
No comments:
Post a Comment