Teks : Nur Hidayah Nazahiyah Erham
Salam Jumaat
Salam Jumaat
Hari ini saya kongsikan pengalaman membeli secara online
dari instashop.
Tidak dinafikan pengaruh ‘review’ dari ‘public figure’
seperti artis banyak memberi pengaruh untuk menekan butang ‘follow’ di Instagram.
Saya rasakan gambar di Instagram lebih menarik dari Facebook. Ini kerana focus Instagram
adalah gamba. Cantik gambar, mudahlah kita rasa berkenan sekiranya memang
memerlukan produk tersebut. Berbanding dengan Facebook. Semakin hari saya rasa
semakin lemas dengan lambakan maklumat. Semua benda berada di Facebook. Saya
boleh pening menatap Facebook terlalu lama. Fokus juga cepat berubah untuk
membaca artikel dan menonton video daripada melihat produk jualan.
Cuma perkara paling leceh membeli belah di Instagram ialah
proses untuk menyimpan nombor telefon penjual didalam buku telefon kita.
Pemalasnya saya. Perkara itu pun saya rasakan leceh.
Selesai menyimpan nombor tersebut. Kita boleh terus ‘print
screen’ gambar-gambar produk yang kita berkenan dan hantar secara percuma
melalui aplikasi ‘whatsapp’. Setakat ini, nasib saya baik kerana semua produk
yang saya print screen gambar tersebut mempunyai stok.
Maka, selesai pembayaran dan memberi maklumat diri. Beberapa
hari kemudian, barang yang ditunggu sudah sampai. Saya pernah membeli baju
menyusu, tudung dan baju Khairil Ammar melalui kaedah ini.
Masa rehat sudah hampir tamat. Sambung kerja dulu.
No comments:
Post a Comment