Biodata Penulis

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Saya merupakan seorang ibu kepada tiga orang cahaya mata yang pernah bekerja di sebuah syarikat multinasional. Mereka lahir pada tahun 2006, 2010 dan 2014. Sekali pandang macam perancangan setiap 4 tahun sekali. Sebenarnya Allah sebaik-baik perancang dan tahu kemampuan kami.

Saya merupakan anak sulong dari dua orang adik beradik. Saya cuma mempunyai seorang adik lelaki dengan jarak usia 4 tahun. Berbeza dengan suami saya yang merupakan anak ke dua belas dari tiga belas orang adik beradik. Semasa di awal perkahwinan, saya terkedu tak tau bersosial dalam keluarga besar. Senyum sahaja tak tau nak cakap apa.

Saya bersekolah rendah dan menengah di Bandaraya Miri. Saya menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda di Universiti Utara Malaysia dalam bidang Pengurusan Perniagaan. Sempatlah 4 tahun menikmati laksa utara, bihun sup utara dan pulut mangga.

Selain itu, saya pernah menjadi surirumah sepenuh masa semasa mengikut suami saya melanjutkan pelajarannya di peringkat Ijazah Sarjana di United Kingdom. Masa tu baru terkial-kial saya belajar masak kuih muih tradisional. Di sana bukan ada makcik jual makanan Malaysia di tepi jalan.

Selamat berkenalan dan terima kasih kerana sudi singgah ke blog ini.
Salam dari bumi kenyalang.

No comments:

Post a Comment