Lazimnya setelah semua ahli jawatankuasa pelaksa menghubungi penjual dan menyetujui sebut harga, maka wang deposit boleh dibayar bersama penerimaan resit.
Beberapa hari sebelum majlis sebenar berlangsung, taklimat khas untuk semua ahli jawatankuasa dan para penjual perlu diadakan. Ini bagi memastikan kelancaran majlis yang bakal dianjurkan. Aspek keselamatan dan kebersihan perlu sentiasa dititikberatkan. Pihak anggota keselamatan syarikat dan unit rawatan kecemasan perlu dihubungi supaya semua pihak dalam keadaan berjaga-jaga.
Ketika majlis berlangsung, ahli jawatankuasa akan memastikan kelancaran program. Segala kekurangan yang perlu diperbaiki pada masa hadapan perlulah dibincangkan di dalam mesyuarat 'post mortem'. Semua baki pembayaran perlu dilakukan secepat mungkin bagi menutup akaun penganjuran majlis.
No comments:
Post a Comment