Pada pagi Jumaat baru teringat di Brunei, semua kedai ditutup selama dua jam untuk menghormati solat Jumaat. Kami membeli pizza dan di bawa balik ke hotel sebelum waktu tengah hari. Sebagai musafir, kami berada di hotel menunggu waktu operasi taman bermula pada jam 3.00 petang.
Kami bertolak dari hotel pada pukul 2.30 petang kerana tidak mahu membazir masa. Selesai membeli tiket untuk kami 5 beranak bernilai BD31, kami memilih permainan dalam bangunan terlebih dahulu seperti bumper car dan pirate ship.
Semua operasi taman berhenti selama 20 minit untuk menghormati azan dan memberi peluang kepada para pekerja menunaikan solat.
Menjelang pukul 4.00 petang, kami bermain di water park yang comel. Tepat pukul 6.00 petang, taman itu ditutup selama dua jam untuk azan Maghrib.
Kami bersolat di surau yang disediakan. Terdapat tempat makan di luar kawasan taman tetapi kami hanya makan makanan yang dijual sekitar taman.
Aktiviti malam lebih menarik dengan kerlipan lampu yang berwarna warni. Konsep bermain tanpa had membolehkan anak-anak berbaris beberapa kali untuk permainan yang mereka gemari. Kami pulang ke hotel menjelang pukul 9.00 malam.
No comments:
Post a Comment