Sumber : Bright Start (Dr. Richard C. Woolfson)
Tidak dapat dinafikan sering terjadi pertembungan pendapat di antara perkembangan anak-anak secara semulajadi atau pun perlu dipupuk dengan cara yang bersesuaian.
Saya mengambil kira kedua-dua pendapat ini sama pentingnya dan tidak salah untuk menggunakan kedua-dua kaedah mengikut kesesuaian yang difikirkan selari dengan personaliti anak-anak yang pelbagai.
Saya kongsikan beberapa tips yang boleh kita ikuti bersama.
1. Bermainlah dengan anak-anak
- Cari masa untuk bermain setelah seharian kita menghabiskan masa menguruskan rumah, bekerja di pejabat dan melakukan pelbagai komitmen hidup. Itu hak mereka sebagai anak-anak. Masa bermain adalah masa mereka mendapat sepenuh perhatian daripada kita sebagai ibu bapa.
2. Perkembangan adalah bersifat variasi
- Ada masanya kita mendapati anak-anak menguasai kemahiran baru dengan cepat. Manakala, ada pula masa kita menyedari perkembangan mereka tidak banyak berubah. Bertenanglah kerana ini adalah suatu yang normal.
3. Kenalpasti kegemarannya
- Cuba perhati apa yang menarik minatnya. Adakah permainan berbentuk pengiraan ataupun permainan bersifat imaginasi seperti bermain anak patung yang menjadi pilihannya.
- Setelah mengenal pasti kecenderungan anak-anak, maka lebih mudah untuk anda merancang aktiviti stimulasi yang lain.
4. Terima dia sebagai seorang individu
- Anak nombor tiga mungkin tidak berminat dengan nombor seperti abang sulungnya atau kakaknya yang pandai berimaginasi.
- Terima kelebihan dia sebagai seorang individu kecil yang berpotensi.
5. Peranan ibu bapa
- Kita mungkin tidak dapat menukar keupayaan anak-anak yang cenderung dalam bidang masing-masing.
- Namun kita boleh menggalak perkembangan positif anak-anak mengikut minat mereka yang tersendiri.
Semoga bermanfaat.
Sumber gambar : Google
Salam dari bumi kenyalang.
No comments:
Post a Comment