Sumber : Bright Start (Dr. Richard C. Woolfson)
Masa yang dihabiskan sejak bayi lahir sehinggalah mereka berumur 5 tahun adalah sangat penting bagi kita sebagai ibu bapa. Stimulasi yang betul dan bersesuaian adalah perlu untuk perkembangan sihat anak-anak. Tempoh stimulasi tidak perlu lama memandangkan kesibukan kita seharian. Cukup sekadar 3 hingga 5 minit untuk setiap sesi stimulasi sudah memadai mengikut umur masing-masing. Stimulasi anak-anak yang lebih dewasa pastinya boleh dilakukan dengan kadar yang lebih lama.
Saya kongsikan beberapa tips semasa aktiviti stimulasi yang boleh kita ikuti bersama.
1. Jangan mendominasi
- Usah sekali-kali cuba untuk mengawal segala tindak tanduk anak-anak. Lakukan seperti di dalam satu pasukan yang memerlukan satu sama lain. Mereka juga seperti orang dewasa, sudah tentu tidak suka dipaksa-paksa.
2. Berhibur
- Sesuatu aktiviti perlu dilakukan dalam keadaan bersuka ria dan bebas dari sebarang tekanan. Pastikan anda tidak melakukan aktiviti stimulasi ketika anak baru bangun tidur dan sedang dalam keadaan lapar.
3. Rancang aktiviti yang bersesuaian
- Kenalpasti skil apa yang kita hendak stimulasikan kepada anak-anak. Contohnya kita mahu dia meningkatkan kemahiran koordinasi tangan. Maka carilah permainan yang sesuai dengan saiz tangan bayi untuk mereka belajar memegang permainan tersebut.
4. Beri ruang
- Sekiranya tangan anak-anak tadi masih belum cekap memegang permainan dan hasilnya barang permainan selalu terjatuh. Usah pula kita merasa kecewa dengan keadaan ini. Biarkan dia menyentuh saja permainan tersebut meskipun tidak sepenuhnya memegang.
5. Ucapan positif
- Akhiri sesuatu sesi stimulasi dengan menyatakan bahawa usaha anak anda tadi sangat bagus kerana dia berusaha. Meskipun tidak berjaya sepenuhnya, nyatakan padanya bahawa kita akan membantunya sehingga berjaya.
Sumber gambar : Google
Salam dari bumi kenyalang.
No comments:
Post a Comment