Teks : Nur Hidayah Nazahiyah Erham
Foto : Nur Hidayah Nazahiyah Erham
Salah satu destinasi percutian kami pada cuti sekolah bulan Mac yang lalu ialah Aviax Aviation. Kami mengetahui tentang tempat ini melalui satu video yang disediakan oleh portal terkenal. Kalau tak silap, The Vocket. Sebelum sampai, Encik Suami menelefon untuk mengesahkan tempat itu buka pada hari tersebut. Tempat ini berada di dalam U8 shopping mall.
Semasa kami sampai, pintu tutup dan berkunci. Sekali lagi kami menelefon. Rupa-rupanya pilot bertugas sedang solat Asar. Barulah kami tahu, pilot sebenar yang akan mengajar simulasi penerbangan. Terdapat kerusi kapal terbang di susun. Kami sekeluarga memilih slot setengah jam iaitu RM 150. Tetapi disebabkan pilot bertugas seronok melayan soalan Encik Suami, slot kami berakhir selepas sejam di dalam cockpit.
Seperti biasa, saya bertindak mengambil video, gambar dan mengawal Khairil Ammar yang bosan di dalam cockpit. Dia lebih berminat dengan model kapal terbang yang terdapat di luar cockpit. Pengalaman di Aviax sangat berharga terutama untuk En. Suami yang faham penerangan terperinci pilot. Harith Fakhruddin agak letih kerana mungkin simulasi tersebut sangat bersifat pendidikan tahap menengah ke atas.
Secara keseluruhan, Aviax Aviation sangat selesa untuk aktiviti sekeluarga. Terdapat makanan dan minuman ringan disediakan untuk anak-anak yang lapar menunggu penerbangan selesai. Menurut pekerja di situ, setiap hari terdapat pelajar yang mengambil kelas penerbangan. Satu alternatif kelas tambahan.
Saturday, April 15, 2017
Saturday, April 8, 2017
The Box Chalet, Langkawi
Teks : Nur Hidayah Nazahiyah Erham
Foto : Nur Hidayah Nazahiyah Erham
Foto : Nur Hidayah Nazahiyah Erham
Saya masih berhutang entri tentang percutian kami ke Langkawi di penghujung November tahun 2016. Percutian keluarga yang meriah kerana saya membawa kedua ibu bapa dan ibu saudara, manakala suami membawa ibu mertua dan 2 orang kakak. Sengaja membawa semua orang kerana percutian sebegini adalah cara paling mudah untuk berkumpul bersama.
Disebabkan cuti saya diluluskan agak lambat, maka agak sukar mencari tempat menginap yang sesuai untuk keluarga kami. Paling kurang perlu 4 bilik untuk keselesaan semua ahli keluarga. Suami berjaya mendapatkan tempat yang sesuai iaitu The Box Chalet. Kami menyewa 4 bilik yang setiap satu mempunyai tandas dan bilik mandi sendiri. Satu kriteria yang paling penting saya kira.
Tempat ini terletak di Padang Matsirat yang bersuasana kampung, Pemilik tempat ini ialah pasangan suami isteri yang sangat peramah. Suasana kampung yang tenang begini sangat sesuai untuk saya yang mahu bertenang dari kesibukan rutin bandar dan kerja di pejabat. Namun demikian, agak membosankan untuk ibu dan ibu saudara saya yang suka membeli belah.
Saya juga suka apabila anak-anak bosan dengan ketiadaan kolam dan hiburan kerana tidak terdapat televisyen di dalam bilik. Cuma satu televisyen berada di ruang menonton. Pada pendapat saya, kebosanan membuat mereka lebih kreatif. Mereka mula bermain disebalik pokok bunga dan menghitung batu-batu kecil.
Cuma tempat ini juga kurang sesuai untuk anak-anak saya masih sukar dikawal tahap kebisingan mereka. Letih saya mengawal kadar desibel suara mereka dan suara saya sendiri.
Saturday, March 25, 2017
Lexus Service Suite @ Times Square, KL
Teks : Nur Hidayah Nazahiyah Erham
Foto : Nur Hidayah Nazahiyah Erham
Kami baru sahaja pulang dari bercuti seminggu di Kuala Lumpur. Kali ini kami tinggal di atas Berjaya Times Square. Saya akan kongsikan pengalaman kami sekeluarga di sana.
Servis
Fasiliti
Kelebihan
Bagi percutian pendek dan perlu penjimatan masa, kami berpuas hati dengan tempat ini. Bersih dan sangat selesa.
Foto : Nur Hidayah Nazahiyah Erham
Kami baru sahaja pulang dari bercuti seminggu di Kuala Lumpur. Kali ini kami tinggal di atas Berjaya Times Square. Saya akan kongsikan pengalaman kami sekeluarga di sana.
Servis
- Tidak mempunyai lobi. Semua urusan perlu dilakukan melalui telefon. Pembayaran juga perlu dibuat tunai kerana pekerja bergerak dari bilik ke bilik tanpa kemudahan mesin.
- Pembersihan bilik dilakukan setiap hari.
Fasiliti
- Kami menyewa suite 2 bilik yang mempunyai ruang tamu, 2 televisyen, 2 bilik mandi, sebuah tab mandi dan dapur ringkas.
- Sebuah katil queen di dalam master bedroom, 2 buah single di dalam bilik bersebelahan, sebuah katil single di ruang tamu. Sangat selesa untuk kami 5 sekeluarga.
- Kolam berada di tingkat 15. Sekuriti yang menjaga agak tegas. Kanak-kanak hanya dibenarkan di kolam kecil. Harith dan Najah agak bosan kerana mereka pandai mengapungkan diri di kolam sederhana dan boleh berenang asas.
- Parking agak murah tetapi agak terhad kerana berkongsi dengan pelawat ke mall.
Kelebihan
- Berdekatan dengan taman tema indoor Berjaya Times Square. Sesuai untuk aktiviti cuaca panas.
- Pilihan membeli belah dan tempat makan yang banyak.
- Kemudahan monorail ke stesyen berdekatan.
Bagi percutian pendek dan perlu penjimatan masa, kami berpuas hati dengan tempat ini. Bersih dan sangat selesa.
Friday, September 30, 2016
Salam Sabtu 01102016
Teks : Nur Hidayah Nazahiyah Erham
Dua hari lalu saya minum petang bersama seorang kawan
karib. Sambil menikmati makanan, saya berkongsi kisah viral minggu ini. Kami tidak mengulas panjang tentang kisah viral
tersebut. Cuma beliau berkongsi pandangan.
Perkara sebegini berlaku di mana-mana. Orang biasa dan
tidak terkenal pun ada yang terkena. Kongsi beliau lagi, ada seorang pekerja di
jabatannya didapati memalsukan dokumen penting iaitu sijil kelayakan untuk
kerja-kerja teknikal. Kelayakan ini penting untuk memastikan pekerja
tersebut dapat menjalankan tugasnya dengan betul dan berkualiti.
Kumpulan kerja beliau terpaksa mengambil langkah
drastik dengan meminta balik gaji yang telah dibayar sejak setahun yang lalu.
Kesalahan ini juga dikongsikan dengan semua syarikat di dalam industri yang
sama.
Maksudnya, pesalah ini tidak akan ada harapan untuk
masuk ke dalam industri yang sama lagi selepas ini. Boleh bekerja tetapi perlu
bertukar industri. Mereka juga sedang mengambil kira untuk membuat laporan
polis atas kesalahan penipuan.
Syarikat juga menanggung kerugian sekiranya banyak
masalah kerja tidak dapat diselesaikan kerana pekerja yang tidak kompeten. Jika
cuma rugi duit, syarikat cuma kurang keuntungan. Namun jika akibatnya ialah melibatkan perkara keselamatan
jangka panjang, nyawa pekerja lain yang akan terancam.
Saya yang mendengar sudah seram. Nampak kejam tetapi
kawan saya tadi menerangkan. Sekiranya tidak ada tindakan sebegini, kita akan
menghantar mesej salah kepada masyarakat pencari kerja.
Tujuannya ialah untuk mendidik masyarakat supaya faham
bahawa integriti itu satu perkara besar meskipun pengalaman kerja mungkin ada.
Ramai pencari kerja yang memang berusaha bertungkus
lumus mendapatkan kelayakan yang diiktiraf. Kita perlu memberi peluang kepada
mereka ini untuk mendapat peluang pekerjaan.
Saya angguk faham. Saya terbayang jikalau pekerja itu
tadi mempunyai tanggungan. Biasalah saya yang berhati tisu. Cuma saya setuju, bukan mudah untuk membuat sesuatu
keputusan secara professional. Menutup sebelah mata perkara peribadi.
Perlahan-lahan saya menghabiskan baki makanan di dalam
pinggan sambil muhasabah diri. Reputasi yang jatuh kerana kekurangan kompetensi tidak
seteruk jika punah kerana integriti.
Monday, September 19, 2016
Salam Isnin 19092016
Teks : Nur Hidayah Nazahiyah Erham
Minggu
lepas saya masuk ke sebuah restoren tempatan. Sendiri. Memerhati senarai
perkara yang perlu diurus di kaunter rasmi kerajaan dan bank.
Di suatu sudut, saya pandang seorang
anak kecil duduk kebosanan. Ini kali kedua saya lihat dia duduk di kedai
tersebut. Ibunya bekerja di kaunter bayaran.
Saya cuma mengagak mungkin anak ini
tiada teman di rumah. Masalah mencari pengasuh agaknya. Bisik hati kecil saya
lagi.
Sesekali
saya memandang tubuhnya dan saya kira lebih kurang sebaya anak sulung saya.
Saya faham bosan anak kecil itu kerana anak-anak saya tidak boleh duduk terlalu
lama. Rimas.
Tiba-tiba seorang pelanggan baru
duduk mengambil tempat. Seorang wanita bertudung biru. Juga seorang diri. Saya
terdengar perbualannya dengan pelayan. Bahawa dia mahu membelikan anak kecil
yang bosan tadi makanan atau minuman.
Anak kecil tadi tunduk malu tapi mula
tersenyum. Dia cuma memesan air. Wanita bertudung biru itu menambah pesanan.
Sepotong kek coklat. Anak kecil tadi mula ketawa kecil.
Terima kasih wanita bertudung biru.
Anda memberi saya pengajaran hidup. Memberi itu membahagiakan.
Bukan saja pada penerima, pada pemberi tetapi juga pada pemerhati.
Bukan saja pada penerima, pada pemberi tetapi juga pada pemerhati.
Friday, September 16, 2016
Selamat Hari Pembentukan Malaysia
Teks
: Nur Hidayah Nazahiyah Erham
Selesai
makan tengah hari, saya mengajak suami mencari buku untuk dipinjam di Pustaka
Miri. Lupa pula cuti umum. Kebetulan ada peringkat saringan Baram Sape Master
sedang berlangsung. Mencari 10 pemain Sape terbaik Sarawak untuk menjadi wakil
pertandingan peringkat akhir di Kuala Lumpur.
Lantas
kami menjadi penonton di auditorium. Sempat saya meminta izin untuk kami
sekeluarga duduk menyertai komuniti Orang Ulu. Antara kaum yang termasuk dalam
kelompok Orang Ulu ialah: Kayan, Kenyah, Kajang, Kejaman, Punan, Ukit, Penan,
Lun Bawang, Lun Dayeh, Murut, Berawan dan Kelabit.
Sengaja
memberi pendedahan budaya sekeliling pada anak-anak. Merai perbezaan. Sangat
penting untuk kelangsungan bangsa Malaysia.
Selamat
Hari Pembentukan Malaysia!
Monday, September 12, 2016
Salam Hari Raya Aidiladha
Teks : Nur Hidayah Nazahiyah Erham
Dua hari lepas,
saya dan suami mengenang pekerja warga asing yang menjaga kuda di Taman Buaya.
Rasanya setiap kali ke sana, beliau pekerja yang setia menunggu pelanggan di
bawah pokok. Tugasnya tidak pernah gagal menggembirakan anak-anak saya. Entah
apa khabar keluarganya. Sudah lama dia berbakti di sini.
Semalam semasa
menunggu giliran di kaunter bayaran, saya memerhati seorang pekerja asing
membeli daging. Ketika itu sudah pukul 5 petang. Saya perhati dagingnya masih
berais. Semoga sempat lah ais cair untuk dia memasak juadah raya malam nanti.
Monolog hati saya.
Pagi ini seusai
solat Aidil Adha, bumi Miri basah bersama angin yang agak kuat. Lebat. Cuaca
yang jarang di sini. Ketika melalui stesen bas saya terpandang seorang warga
asing berlindung dari hujan lebat. Siap memakai pakaian terbaik hari raya.
Semoga dia gembira hari ini. Bisik hati saya lagi.
Pengorbanan itu
universal.
Bukan setakat melapah daging.
Pandang kiri pandang kanan.
Pasti ada yang membuatkan kita bersyukur pada hidup sendiri.
Bukan setakat melapah daging.
Pandang kiri pandang kanan.
Pasti ada yang membuatkan kita bersyukur pada hidup sendiri.
Selamat Hari Raya
kawan-kawan.
Esok kerja.
Esok kerja.
Subscribe to:
Posts (Atom)