Teks dan foto : Nur Hidayah Nazahiyah Erham
Salam tahun baru 2016. Seperti biasa azam setiap hari ialah mahu menulis di sini setiap hari.
Jadual hidup agak sibuk sepanjang cuti sekolah. Banyak perkara perlu diselesaikan mengikut keutamaan.
Selalunya kami ke Kuching melawat keluarga mertua di akhir bulan Disember tetapi tahun ini kami pulang di awal bulan. Cuaca cerah di Kuching kali ini. Biasanya saya pulang, hujan selalu turun. Sebagai orang Miri yang jarang jumpa hujan, saya memang suka suasana hujan di Kuching. Saya rasa agak pelik tahun ini di bulan Disember cuaca cerah. Mungkin cuaca sudah tidak sama seperti dahulu. Disember selalu dikaitkan dengan hujan.
Damai Beach Resort terletak kira-kira setengah jam perjalanan dari bandaraya Kuching. Terdapat Damai Puri Resort and Spa bersebelahan dengan tempat ini. Bagi mereka yang mahu menikmati keindahan Laut Cina Selatan dan Gunung Santubong, bolehlah berkunjung ke sini.
Friday, January 1, 2016
Wednesday, November 25, 2015
Kempen derma darah 25/11/2015
Teks : Nur Hidayah Nazahiyah Erham
Semalam ada program derma darah di pejabat. Saya mencuba nasib lagi. Berbaris, mengisi borang dan menunggu giliran untuk diperiksa tahap kesihatan. Malam sebelumnya Khairil Ammar bangun 2 kali mahukan susu. Kepala terasa sedikit pening tapi saya gagahkan saja. Bukan teruk sangat pun, kata hati.
Sambil menunggu sempat bersosial dengan rakan-rakan sepejabat. Meskipun sama setingkat tetapi jarang berjumpa. Masing-masing sibuk dengan hal sendiri. Setelah lebih kurang sejam barulah nama saya dipanggil. Buku rekod mengesahkan kali terakhir saya berjaya menderma darah adalah pada tahun 2012. Tersenyum pegawai kesihatan membaca. 12/12/2012.
'Selepas itu ada mencuba tetapi saya sibuk mengandung, menyusukan anak dan sebagainya.'
Sengeh lagi pegawai kedua. Ok. Periksa darah dahulu, katanya.
Sedikit berdebar kerana tiga bulan lalu saya mencuba tetapi gagal di kaunter tiga. Tekanan darah awak terlalu rendah. Cuba lagi ya, katanya.
Giliran saya. Berat badan lulus. Tiba masa memeriksa darah. Saya perhati pergerakan darah.
Timbul.
Maaf, darah kurang hemoglobin.
Cuba lagi ya. Terima kasih.
Saya senyum saja. Bisik pada diri sendiri. Tak sihat lagi. Bila lah nak sihat ni?

Saya rindu perasaan hero setelah berjaya menderma.
Tuesday, November 24, 2015
Program Kesedaran Penyakit Kanser
Teks dan foto : Nur Hidayah Nazahiyah Erham
Semalam, syarikat tempat saya bekerja menganjurkan Program kesedaran mengenai penyakit kanser.
Berkesempatan mendengar pengalaman 'cancer survivor'. Berikut adalah sebahagian nota yang saya ambil.
(1) Cara anda melihat musibah sangat penting untuk kembali pulih. Pilih persepsi positif bahawa anda orang yang terpilih untuk menerima ujian dan bukannya sebagai mangsa.
(2) Keluarga yang sangat menyokong dan juga positif adalah sangat membantu proses pemulihan.
(3) Sentiasa membuat apa yang anda paling sukai adalah satu terapi.
(4) Kondisi badan yang kuat semasa proses kimoterapi dan radioterapi mempercepatkan proses pemulihan.
(5) Makan makanan biasa dalam kuantiti sedikit.
(6) Proses pemulihan adalah dalam tempoh kurang dari 2 tahun.
(7) Bersenam adalah cara sistem badan memperolehi bekalan oksigen yang mencukupi.
(8) Elakkan daripada perkara yang mendatangkan stres seperti menonton berita semasa. Keadaan ini meningkatkan asid dalam badan. Sel kanser sangat suka asid.
(9) Makan banyak makanan daripada tumbuh-tumbuhan seperti bijirin, sayur dan buah.
(10) Mengelak kanser adalah dengan mengamalkan cara hidup sihat.
Wednesday, September 30, 2015
Ulasan bab pertama Ebook Super WAHM, Super Mom
Teks : Nur Hidayah Nazahiyah Erham
Sumber : Ebook Super WAHM, Super Mom (Masayu Ahmad)
Salam Khamis.
Saya mengenali kak Masayu Ahmad sejak tahun 2009. Ketika itu saya mengambil cuti tanpa gaji kerana mengikuti suami mengambil Ijazah master di Manchester. Ebook ini merupakan salah satu daripada banyak ebook yang telah terhasil.
Bab pertama menerangkan bagaimana perbezaan terma yang selalu melibatkan perkataan rumah dan pekerjaan yang boleh kita lakukan. Selain itu konsep dan mitos untuk setiap terma juga diterangkan secara terperinci.
Terdapat juga perkongsian tentang apa yang perlu dijangka dalam tahun pertama menceburi gaya hidup ini.
Bersambung.

Monday, September 28, 2015
Memahami program affiliate
Teks : Nur Hidayah Nazahiyah Erham
Sumber : Buat duit dengan blog (Yazid Yahaya)
Sumber : Buat duit dengan blog (Yazid Yahaya)
Pernah mendengar tentang affiliate? Ia adalah sejenis program yang kita tidak perlu membayar sebatang yuran sebagai ahli. Sebaliknya pemilik program yang akan membayar kita.
Bagaimana program ini beroperasi? Program ini ialah penjanaan pendapatan tanpa menghasilkan produk. Komisen akan dibayar oleh pemilik produk.
Contohnya, pemilik produk menjual dengan harga RM100. Komisen kepada ahli yang berjaya menjual ialah RM40.
Bersambung.
Sunday, September 27, 2015
Mengajar anak aktiviti jual beli
Teks dan foto : Nur Hidayah Nazahiyah Erham
Sepanjang cuti sekolah yang lalu kami tidak ada perancangan keluar dari Miri. Harith Fakhruddin dan Najah Munirah cuma bercuti di rumah nenek.
Musim buah-buahan masih berlangsung dan makcik saya ada dusun rambutan. Sengaja saya memesan sekiranya mereka menjual sebarang jenis buah, jangan lupa memberitahu saya. Saya mahu Harith dan Najah terlibat dalam aktiviti jual beli.
Kebetulan mereka berada di rumah makcik saya Sabtu lepas. Menjual rambutan sebagai pendedahan awal aktiviti jual beli meskipun sekadar membantu memasukkan rambutan ke dalam plastik. Pengalaman itu yang berharga.
Friday, September 25, 2015
Cara membuka akaun bank secara online
Teks : Nur Hidayah Nazahiyah Erham
Sumber : Buat duit dengan blog (Yazid Yahaya)
Mempunyai akaun bank online adalah suatu perkara yang paling penting sebelum memulakan urusniaga perniagaan online.
Langkah-langkah yang perlu dilakukan ialah.

- Pergi ke bank seperti Maybank, CIMB dan Bank Islam dan bukalah akaun. Maklumkan kepada pegawai bank tersebut tentang hasrat membuka akaun online.
- Pegawai tersebut akan menolong kita mendaftarkan nombor telefon bimbit dan emel.
- Buka laman web bank tersebut dan lakukan daftar masuk.
- Ikut arahan seterusnya dan kita sudah mula menggunakan akaun online tersebut.
Langkah-langkah membuat bayaran online.
- Masuk ke laman web bank online dan daftar masuk.
- Pilih perkataan transfer dan pilih 3rd party trasfer serta isikan semua maklumat yang diminta.
- Tidak lama kemudian kod keselamatan bagi transaksi ke telefon bimbit yang telah didaftar. Masukkan kod pada tempat yang disediakan.
- Selesai pembayaran, simpan bukti transaksi. Sebaik-baiknya cetak pembayaran bagi rekod untuk masa hadapan.
Semoga bermanfaat.
Subscribe to:
Posts (Atom)