Menyediakan makanan yang dimasak di rumah adalah satu usaha yang saya perlu rancang dengan teliti. Bukan acah-acah merancang tapi memang kena buat betul-betul.
1) Rancang ikut hari bekerja
5 menu sarapan dan 5 lauk makan malam. Menu sarapan selalunya saya sediakan makanan tidak berkuah supaya mudah untuk dibawa bekal ke sekolah dan ke pejabat.
2) Menu ringkas dan sihat
Selalunya saya masak lauk berempah seperti kari ayam dan dan sup daging dihujung minggu. Selepas disejukkan, saya akan masukkan makanan tersebut ke dalam bekas cukup untuk sekali makan dan dibekukan.
3) Simpan dengan rapi
Sayur pula saya akan hiris dan simpan dalam diamond foil supaya tidak layu.
Selamat mencuba.
Terima kasih kerana membaca entri ini.