Saya selalu menyimpan benda terbuang seperti kitchen roll tissue yang sudah habis tisu nya. Malam tadi saya meluangkan masa selama 15 minit untuk bermain bersama Khairil Ammar.
1) Lekatkan kitchen roll tissue pada mana-mana bahagian dinding menggunakan sellotape.
2) Letak basin dapur di bahagian bawah kitchen roll tissue.
3) Biarkan anak-anak mengambil pom pom berwarna-warni dan meletakkan ke dalam kitchen roll tissue. Mereka akan mengulang aktiviti ini sehingga bosan.
Di samping itu, saya menerangkan kepada Ammar tentang warna dan bilangan pom-pom yang dipegangnya. Permainan ini penting untuk motor skill anak-anak untuk menguatkan jari jemari comel mereka.
Selamat mencuba.