Friday, August 25, 2017

Sambutan ulang tahun ke 11 dan staycation pantas

Teks : Nur Hidayah Nazahiyah Erham
Foto : Nur Hidayah Nazahiyah Erham

Si abang sulung sudah pun berusia 11 tahun. Rutin kerja semakin sibuk untuk kami merai pada hari sebenar. Sekadar makan malam bersama sekeluarga. Kesempatan membawa ibu bapa keluar dari rumah sekali sekala. Berbual dan berkongsi isu semasa keluarga.

Nasib baik ada sepupu yang sedang bercuti menanti kemasukan ke universiti. Semuanya saya serahkan pada dia untuk menjadi perancang majlis kecil untuk Harith Fakhruddin. Rutin di pejabat tidak berhenti perlu dilunas satu persatu. Tekanan darah juga tidak begitu baik minggu ini. Saya insaf lalu berkunjung ke klinik berhampiran.

Saya cuba untuk bersenam 5 minit sehari. Perlu lebih bijak mengawal tekanan di pejabat. Hujung minggu ini juga lebih pendek. Saya perlu ke luar kawasan untuk mesyuarat di hari Isnin. Saya bertegas mahu ada staycation pantas. Melayan anak-anak berenang dan bermain. Mencari aura gembira dengan sekadar berjalan melihat laut, bunga dan serangga sebelum kembali kepada rutin sibuk.

Ibu dan bapa juga seronok meluang masa di rumah hujung minggu mereka. Seboleh mungkin saya tidak mahu membawa anak-anak ke sana kecuali cuti sekolah. Itu peluang dua hari mereka untuk menikmati hari tua tanpa jeritan cucu nakal. 2 hari yang cukup untuk mereka merindui keriuhan dan kebisingan rutin sekolah.

Saya perlu lebih kerap menulis di sini. Penting untuk otak. Begitu kata suami. Saya perlu ke kolam.
Jumpa lagi.

No comments:

Post a Comment